Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kapal Singapura RSS Persistence Temui Satu Mayat Nahas AirAsia

Mayat yang ditemui RSS Persistence dibawa naik ke dalam kapal laut Tentera Laut Singapura berkenaan sebaik ditemui pagi tadi. - Foto CHANNEL NEWS ASIA
Mayat yang ditemui RSS Persistence dibawa naik ke dalam kapal laut Tentera Laut Singapura berkenaan sebaik ditemui pagi tadi. – Foto CHANNEL NEWS ASIA

Kapal Tentera Laut Republik Singapura RSS Persistence telah menemui satu lagi mayat hari ini ketika operasi mencari dan mengesan mayat serta bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas 28 Disember lepas.

Mayat itu dikesan pada pukul 7.58 pagi dan berjaya dibawa naik ke atas kapal pada pukul 8.46 pagi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan.

Ia ditemui dalam kawasan yang diberikan kepada Singapura untuk melakukan pencarian di Laut Jawa itu.

“Pihak Berkuasa Indonesia telah dimaklumkan dan perancangan dilakukan untuk menyerahkan mayat ini kepada mereka,” kata kementerian itu, memetik laporan Channel News Asia.

Sementara itu, kerajaan Indonesia hari ini mengerahkan kapal Tentera Laut mereka yang kontroversi KRI Usman Harun untuk membantu misi mencari dan mendapatkan semula bangkai pesawat AirAsia QZ8501 dan mayat penumpang serta krunya.

Kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Usman  Harun. - Foto AFP

Laporan berkaitan penyertaan kapal itu dilaporkan oleh media Indonesia Metro TV dan Republika.

Kedua-dua media melaporkan kapal kelas mirip Bung Tomo iaitu kapal korvet itu dilengkapi dengan sistem pengesan bawah permukaan air dengan teknologi sonar.

Kontroversi kapal itu ialah apabila nama yang diberikan sebenarnya bersempena dengan dua suspek pengebom restoran McDonald House iaitu Usman Mohamed Ali dan Harun Said sehingga mencetuskan ketegangan antara Singapura dan Indonesia Februari tahun lepas.

Peristiwa itu telah menyebabkan Singapura menghantar Nota Pihak Ketiha iaitu sebuah nota biasa diplomatik kepada Indonesia meluahkan kekesalan berikutan nama yang dipilih itu.

Dalam kejadian letupan bom itu, tiga orang maut manakala 33 orang cedera apabila dua anggota marin tentera Indonesia mengebom bangunan itu pada tahun 1965.

Kedua-dua anggota itu kemudian didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada tahun 1968, biarpun ada campurtangan daripada bekas Presiden Indonesia Suharto. –MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan