Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal selam kedua Indonesia dilancar

10:16am 26/10/2016 Pak Roshan 16 views Global
KAPAL selam penyerang Indonesia yang dibina DSME dipamerkan ketika majlis pelancaran di Okpo, Korea Selatan, semalam. - Agensi

KAPAL selam penyerang Indonesia yang dibina DSME dipamerkan ketika majlis pelancaran di Okpo, Korea Selatan, semalam. – Agensi

Seoul: Syarikat pertahanan Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) semalam melancarkan kapal selam kedua yang ditempah Indonesia di Okpo, di pulau Geoje, Korea Selatan semalam.

Kapal selam pertama seumpama itu dilancarkan pada 24 Mac lalu di lokasi sama.

Tentera Laut Indonesia dalam satu kenyataan berkata, majlis pelancaran itu dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Widodo dan ketua staf tentera laut, Arie Sembiring.

Kerajaan Indonesia menempah tiga jenis kapal selam penyerang Kelas Chang Bogo yang berkuasa diesel.

Berdasarkan kontrak, dua kapal selam berkenaan dibangunkan oleh DSME manakala yang ketiga bakal dibina syarikat pembina kapal milik kerajaan Indonesia, PT PAL.

Kapal selam ketiga itu dijadual mula dibina PAL pada Disember ini melalui kerjasama dengan DSME.

Tentera laut Indonesia sebelum ini memiliki dua kapal selam buatan Jerman iaitu KRI Cakra dan KRI Nenggala yang dibina pada 1980-an.

Perkhidmatan dua kapal selam berenjin diesel itu dijangka ditamatkan pada 2020. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan