Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal San Jose Milik Sepanyol Dijumpai

1:59pm 05/12/2015 Pak Roshan 777 views Global

kapal

COLOMBIA mengumumkan telah menemui sebuah kapal milik Sepanyol yang karam di perairan Cartagena pada abad ke-18. Kapal tersebut dipercayai sarat dengan muatan emas, zamrud dan syiling perak, kata Presiden Juan Manuel Santos.

Beliau telah membuat pengumuman mengenai berita berkenaan menerusi akaun twitter rasmi miliknya semalam. Tambahnya lagi, sidang media rasmi hanya akan diadakan pada hari ini.

Namun pengumuman itu tidak menjelaskan mengenai isu perundangan antara kerajaan Colombia dengan syarikat pencari harta karun AS, Sea Search Armada (SSA) berhubung pemilikan bangkai kapal tersebut.

Dahulunya pihak SSA dan kerajaan Colombia telah menjalinkan kerjasama bagi mencari bangkai kapal berkenaan mengikut piawaian kastam antarabangsa. Selain itu, mereka juga bersetuju untuk berkongsi harta yang diperoleh.

Namun begitu, kerajaan bagaimanapun mengumumkan sebarang harta karun yang ditemui adalah milik penuh Colombia.

Kapal San Jose tersebut karam pada 1708 di Laut Caribbean tidak jauh dengan bandar pelabuhan, Cartagena. Ia merupakan sebahagian daripada armada Raja Philip V yang digunakan dalam perangnya menentang Britain. – Sumber: Agensi/ MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan