Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kapal perang USS Bonhomme Richard tiba di pangkalan TLDM Sepanggar

08_bonhomme_richard

KOTA KINABALU – Kapal perang amfibia Amerika Syarikat, USS Bonhomme Richard (LHD 6) dan Unit Ekspedisi Marin (MEU) Ke-31 tiba hari ini di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dekat sini sebagai sebahagian daripada kunjungan berjadual ke pelabuhan di Malaysia.

Pegawai Memerintah USS Bonhomme Richard, Kapten Joey Tynch berkata pada lawatan ini, anggota dan pegawai tentera laut dan marin akan terbabit dalam beberapa projek khidmat masyarakat, menganjurkan lawatan di dalam kapal, acara sukan serta melawat tempat menarik di bandar raya ini.

“Kota Kinabalu ialah pintu masuk popular bagi orang yang berkunjung ke Sabah atau Borneo dan merupakan satu daripada bandar raya komersial dan perindustrian utama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Unit Hal Ehwal Awam USS Bonhomme Richard.

Bonhomme Richard merupakan kapal induk Bonhomme Richard Amphibious Ready Group dan bersama-sama MEU Ke-31, ia kini dikerahkan di bawah United States 7th Fleet Area of Operations.

Tynch berkata mereka gembira untuk kembali belayar dan bekerjasama dengan anggota marin MEU ke-31 dalam menilai keupayaan semua aspek kapal amfibia itu di samping bekerjasama dengan negara rakan kongsi di Pasifik.

“Kami begitu teruja untuk datang ke Malaysia mewakili Amerika Syarikat dan pasukan marin dan tidak sabar untuk melihat apa yang ditawarkan negara ini baik di laut sehingga puncak Gunung Kinabalu,” katanya.

Bonhomme Richard ARG kini berada di bawah ketumbukan taktikal pimpinan Komander Skuadron 11 Amfibia Kapten Heidi Agle dan melapor kepada Komander Amphibious Force 7th Fleet, Laksamana Madya Hugh D. Wetherald, beribu pejabat di White Beach, Jepun. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan