Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Perang Tentera Laut Amerika Syarikat berlabuh di pangkalan TLDM

7:53pm 16/03/2016 Leolerry Lajius 1017 views Tempatan
Kapal Perang Tentera Amerika Syarikat USS CHANCELLORSVILLE (CG 62).-Gambar Oleh Alex Mairin

Kapal Perang Tentera Amerika Syarikat USS CHANCELLORSVILLE (CG 62).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kapal Perang Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu USS CHANCELLORSVILLE (CG 62) telah memasuki jeti operasi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu (PTKK) hari ini, yang akan berlabuh di sini sehingga 21 Mac.

Tujuan lawatan kapal USS CHANCELLORSVILLE (CG 62) ke pangkalan TLDM ini adalah untuk melakukan lawatan operasi selama enam hari.

Menurut Pegawai Memerintah USS CHANCELLORSVILLE (CG 62) Kapten Curt Renshaw lawatan ini merupakan salah satu langkah untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak yang juga akan melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak.

“Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua pihak di samping sebagai peluang kepada kami untuk berehat selepas beberapa ketika dalam pelayaran.”

“Sepanjang berada di sini kami juga akan turut melakukan khidmat komuniti ke rumah-rumah anak yatim di samping akan menjalankan beberapa aktiviti bersama anggota TLDM,”katanya ketika di temui media di pangkalan TLDM, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kapal yang mempunyai kekuatan seramai 350 orang anggota dan turut dilengkapi dengan peralatan senjata itu dibuat pada tahun 1989 dan juga telah di ubahsuai tiga tahun lalu untuk meningkatkan keupayaannya.

Kapten Curt Renshaw (tengah) bersama penari kebudayaan dari Sabah Tourism.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kapten Curt Renshaw (tengah) bersama penari kebudayaan dari Sabah Tourism.-Gambar Oleh Alex Mairin

Beliau yang pertama kali datang ke Sabah turut melahirkan rasa teruja dan akan menggunakan tempoh yang singkat ini untuk menikmati keindahan dan kebudayaan yang ada di negeri ini.

“Saya amat teruja kerana setelah 25 tahun berkhidmat sebagai tentera laut dan telah melawat banyak tempat ini kali pertama saya datang ke sini.”

“Saya akan menggunakan peluang yang singkat ini untuk melihat kebudayaan, keindahan dan makanan terutama sekali makanan laut yang ada di sini,”katanya.

Ketibaan Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di jeti operasi¬†PTKK disambut oleh Pegawai Kanan dan pegawai-pegawai TLDM serta persembahan kebudayaan dari Sabah Tourism. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Rombongan tentera laut Amerika Syarikat mengambil gambar bersama penari kebudayaan dari Sabah Tourism.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rombongan tentera laut Amerika Syarikat mengambil gambar bersama penari kebudayaan dari Sabah Tourism.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan