Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal perang Perancis melakukan lawatan ke pangkalan TLDM Kota Kinabalu

8:20pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 157 views Tempatan
 Datuk Khairul Anuar bin (kiri) bersama Vice Admiral Jean Louis Lozier President of The Sea-trials Commission

Datuk Khairul Anuar bin (kiri) bersama Vice Admiral Jean Louis Lozier President of The Sea-trials Commission

KOTA KINABALU: Kapal Perang Perancis FNS PROVENCE telah memasuki jeti operasi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Kota Kinabalu (PTKK) yang merapat di jeti pagi tadi.

Tujuan Kapal FNS PROVENCE merapat ke pangkalan TLDM Kota Kinabalu adalah untuk melakukan lawatan ke pangkalan ini selama lima hari yang akan melakukan aktiviti bersama antara kedua-dua pihak.

Acara rasmi yang akan diadakan adalah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar bin Yahya dan Panglima Kapal Selam Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Hj. Ayob dan majlis resepsi anjuran TLDM akan turut diadakan di di Wisma Kejora dan resepsi di kapal FNS PROVENCE pada sebelah malam.

Aktiviti sukan seperti perlawanan bola tampar dan sepak takraw antara TLDM dan Tentera Laut Perancis juga akan diadakan di Wisma Bayu PTKK sebagai salah satu platfrom untuk mengeratkan lagi persahabatan antara kedua-dua pihak.

Sepanjang lawatan tersebut, warga TLDM PTKK juga akan membuat lawatan ke atas kapal perang Tentera Perancis apabila kapal dibuka untuk lawatan.

Kapal tersebut akan berlabuh di pelabuhan TLDM Kota Kinabalu sehingga 22 Februari nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan