Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Perang AS berlabuh di PTKK

4:17pm 14/11/2015 Leolerry Lajius 2414 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

 

KOTA KINABALU: Dua buah kapal perang tentera laut Amerika Syarikat telah memasuki jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) Kota Kinabalu (PTKK)  iaitu USS EMORY S.LAND (A.S 39) kelas submarine tender sejak 12 November yang lalu dan USS OHIO ( SSGN 726) kelas kapal selam telah berlabuh di jeti PTKK  pagi tadi.

Lawatan selama 9 hari itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara dengan beberapa acara seperti kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS).

Selain itu, majlis resepsi anjuran TLDM di wisma kejora dan aktiviti sukan seperti perlawanan boleh sepak persahabatan antara TLDM dan tentera laut Amerika Syarikat juga akan diadakan.

Lawatan tersebut turut memberikan peluang kepada warga PTKK untuk melihat segala aspek dan aset yang terdapat pada kapal USS EMORY S.LAND di samping saling berkongsi pendapat bagi mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan kedua-dua pihak.

Kapal selam USS OHIO Amerika syarikat yang memasuki jeti pangkalan TLDM-Gambar Oleh Alex Mairin

Kapal selam USS OHIO Amerika syarikat yang memasuki jeti pangkalan TLDM-Gambar Oleh Alex Mairin

Kali terakhir USS EMORY S.LAND   mengadakan lawatan ke malaysia adalah pada bulan Mei tahun 2015 dan akan berada di pangkalan PTKK pada kali ini sehingga 20 November nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan