Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal nampak bebola api di udara

9:29am 20/05/2016 Pak Roshan 2364 views Global
Keluarga penumpang pesawat an EgyptAir yang menunggu di luar lapangan terbang di Kaherah (Foto AFP) manakala kanan. pesawat Airbus A320 milik EgyptAir dengan pendaftaran SU-GCC berlepas dari Lapangan Terbang Ataturk, Turki, pada 2016. Pesawat yang sama hilang ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah hari ini. (Foto AP)

Keluarga penumpang pesawat an EgyptAir yang menunggu di luar lapangan terbang di Kaherah (Foto AFP) manakala kanan. pesawat Airbus A320 milik EgyptAir dengan pendaftaran SU-GCC berlepas dari Lapangan Terbang Ataturk, Turki, pada 2016. Pesawat yang sama hilang ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah hari ini. (Foto AP)

Paris: Presiden Perancis Francois Hollande mengesahkan pesawat EgyptAir yang hilang dari radar ketika berada di atas Laut Mediterranean, terhempas.

“Kita perlu memastikan tahu semua mengenai punca kejadian dan tidak menolak apa saja kemungkinan punca walaupun kecil,

“Sama ada ia kemalangan atau kemungkinan lain yang berada dalam fikiran sesiapa saja seperti pengganas (ia tidak ditolak kemungkinannya). Pada peringkat ini kita mesti tumpukan kepada keluarga mangsa dan usaha mencari punca tragedi,” katanya yang disiarkan televisyen sebentar tadi.

Setakat ini belum diketahui punca pesawat itu hilang atau terhempas walaupun terdapat laporan ada kapal melaporkan ada ‘bola api di udara.’

Ketua Jabatan Penerbangan Greece, Constantinos Litzerakos, berkata jika berlaku letupan, serpihan pesawat akan bertaburan dalam kawasan yang luas berdasarkan ketinggian pesawat berkenaan.

Menurutnya, juruterbang pesawat berkenaan tidak menyebut mengenai sebarang masalah ketika perhubungan terakhir dengan pesawat berkenaan.

“Pengawal penerbangan menghubungi juruterbang ketika pesawat berada pada ketinggian 37,000 kaki (dekat Athens) dan dia tidak menyebut mengenai sebarang masalah,” katanya kepada Antenna TV.

Menurutnya, perhubungan itu kira-kira pada 0005 GMT, 25 minit sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar Greece.

Pesawat itu hilang dari radar sekitar 0029 GMT sebaik memasuki wilayah penerbangan Mesir.

Sumber memberitahu, kedudukan terakhir pesawat ialah 130 batu nautika dari kepulauan Karpathos yang terletak antara Crete dan Rhodes.

Greece melancarkan dua pesawat serta sebuah friget bagi mencari pesawat berkenaan manakala tentera Perancis mengarahkan pesawat Falcon yang mengawasi pendatang di Laut Mediterranean membantu mencari pesawat EgyptAir itu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan