Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Malaysia bawa baja ditahan

10:09am 23/09/2016 Pak Roshan 13 views Global
PEGAWAI kastam Indonesia memeriksa karung berisi baja selepas merampasnya dari sebuah kapal dari Malaysia di Denpasar, Bali. - Reuters

PEGAWAI kastam Indonesia memeriksa karung berisi baja selepas merampasnya dari sebuah kapal dari Malaysia di Denpasar, Bali. – Reuters

Denpasar: Pihak berkuasa Indonesia di Bali semalam menahan sebuah kapal dari Malaysia yang membawa kira-kira 30 tan baja yang dipercayai polis mungkin akan digunakan untuk membuat bom.

Pegawai kastam dan polis menyoal siasat kru dan menyiasat bahan itu yang didakwa mungkin ada hubungan dengan rangkaian pelampau ketika Indonesia masih mengambil langkah berjaga-jaga terhadap serangan militan.

Pegawai polis Bali, Hendra Suhartiyono berkata, pihak berkuasa menyiasat sama ada bahan itu akan dibawa ke Sulawesi, wilayah di timur Indonesia yang terkenal kerana kegiatan militan.

Lelaki paling dikehendaki di Indonesia, Santoso, ditembak mati pasukan keselamatan di pulau berkenaan beberapa bulan lalu.

Santoso yang berikrar taat setia kepada Daish mengetuai rangkaian kecil pelampau di kawasan Poso dan kumpulan itu kini semakin lemah berikutan operasi keselamatan selama beberapa bulan lalu.

Pegawai kastam Bali, Thomas Aquino berkata, kru kapal berkenaan disoal siasat secara intensif mengenai baja amonia nitrat yang dibawa dari Malaysia.

“Mereka mengaku bot itu disewa untuk membawa baja berkenaan ke Sulawesi. Mereka menyangka bahan dalam karung itu baja,” kata Thomas.

Indonesia mengalami serangan militan pertama dalam masa beberapa tahun Januari lalu. Empat orang terbunuh dalam serangan itu yang menyasarkan pusat bandar Jakarta.

Daish mendakwa bertanggungjawab. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan