Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Ketiga Sertai Pencarian MH370 Di Selatan Lautan Hindi

3:58pm 09/12/2015 Pak Roshan 108 views Mutakhir,Nasional

MAS Plane

KUALA LUMPUR – Sebuah lagi kapal menyertai misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di kawasan paling terpencil di selatan Lautan Hindi, kata Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.

Agensi itu memberitahu Havila Harmony yang tiba di kawasan pencarian pada 5 Dis lalu menjalankan operasi pencarian menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV)

“AUV pada masa sekarang melakukan pencarian di bahagian paling sukar di kawasan pencarian yang tidak boleh menggunakan pengesan sonar dalam secara berkesan,” kata JACC dalam kenyataan.

Penyertaan Havila Harmony dalam misi menjadikan sebanyak tiga kapal menyertai pencarian pesawat itu di dasar laut membabitkan kawasan seluas 120,000 kilometer persegi.

Dua kapal lain yang terlibat ialah Fugro Equator dan Fugro Discovery.

Havila Harmony dilengkapi dengan AUV Hugin 4500 yang berupaya mengeduk bahagian paling sukar di dasar laut.

Menurut JACC lebih 75,000 kilometer persegi dasar laut sudah diperiksa setakat ini.

Pencarian pesawat Penerbangan MH370 telah berlarutan beberapa bulan tanpa membuahkan kejayaan. Satu-satunya serpihan pesawat itu yang ditemui setakat ini ialah bahagian flaperon di pulau Perancis, La Reunion pada Julai lalu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Berdasarkan isyarat yang diterima satelit Inmarsat, kedudukan terakhir pesawat itu dikesan di selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan