Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kapal kargo rempuh rumah agam

Kemalangan mengakibatkan Ethem Pertev rosak teruk.
Kemalangan mengakibatkan Ethem Pertev rosak teruk.

Istanbul: Sebuah kapal kargo merempuh satu daripada rumah paling cantik di Istanbul menyebabkan kerugian jutaan dolar.

Kemalangan berlaku selepas kemudi kapal itu rosak menyebabkannya hilang kawalan lalu melanggar rumah agam ‘Ethem Pertev’ yang terletak di tebing Bosphorus di kejiranan Kanica.

Kapal Majed and Randy sepanjang 106 meter dan seberat 6,476 tan itu didaftarkan di Sierra Leone dalam perjalanan ke Beirut dari Istanbul.

Selepas kemalangan itu, kapal berkenaan ditunda ke pelabuhan berhampiran.

Tiada kecederaan atau ancaman terhadap alam sekitar akibat kemalangan itu, kata Pusat Perkhidmatan Lalu Lintas Perkapalan.

Selat Bosphorous memang laluan perkapalan yang sibuk dengan kapal dari Laut Hitam hingga Mediterranean, namun kejadian seperti itu jarang berlaku.

Ethem Pertev yang dibina pada 1890-an terkenal sebagai antara kediaman di kawasan dermaga yang paling cantik bandar itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan