Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kapal cari MH370 berlabuh dalam rahsia

Kapal Seabed constructor berlabuh di Kompleks Marin Australia, Henderson, selatan Perth, hari ini.

 

MISTERI kehilangan kapal pencari pesawat MH370 selama 80 jam sebelum ini, semakin menarik selepas kapal itu, Seabed Constructor berlabuh di Perth hari ini, dalam keadaan penuh rahsia.

Menurut laporan ABC News, kapal itu berlabuh di Kompleks Marin Australia, Henderson, selatan Perth, dan kemasukan ke pelabuhan berkenaan dikawal rapi, namun Seabed Constructor boleh dilihat dari jauh.

Kapal itu menghabiskan dua minggu di Lautan Hindi cuba mengesan pesawat MH370 dan Ahad lalu, ia menjadi perhatian kerana berhenti menghantar isyarat menunjukkan ia Kmematikan sistem pengesan ketika berada di laut, menimbulkan persoalan ke mana dan apa dilakukannya.

Sehingga kini, syarikat milik Ocean Infinity dari Texas itu tidak membuat sebarang ulasan mengenai ‘kehilangan’ Seabed Constructor selama lebih tiga hari itu atau perkembangan pencarian.

Kapal berkenaan melaksanakan operasi mencari MH370 untuk kerajaan Malaysia dengan perjanjian ‘tiada bayaran jika MH370 tidak ditemui’. Namun jika berjaya, syarikat kapal itu akan menerima bayaran antara $20 juta hingga $70 juta.

Kapal berkenaan berhenti menghantar isyarat ketika berdekatan dengan bangkai kapal dipercayai dari Peru yang tenggelam kira-kira 100 tahun lalu, menyebabkan muncul teori Seabed Constructor melencong untuk mengambil peti harta dari bangkai kapal terbabit.

ABC melaporkan, kapal berkenaan berlabuh di Perth untuk mengisi minyak dan mengambil bekalan sebelum meneruskan pencarian. -Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan