Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapak bapa tiri hingga mati

9:34am 01/03/2016 Pak Roshan 1401 views Global
GAMBAR RK yang mengaku membunuh bapa tirinya.

GAMBAR RK yang mengaku membunuh bapa tirinya.

Sorong (Indonesia): Seorang remaja yang sering dipukul bapa tirinya sejak kecil bertindak menetak lelaki itu dengan kapak hingga mati.

Remaja berusia 19 tahun yang dikenali sebagai RK mengaku membunuh bapa tirinya, Marthinus di rumahnya di Jalan Danau Umbuta di Rufei dekat sini.

Jurucakap polis berkata, RK mengaku membunuh bapa tirinya kerana dendam akibat sering dimarah dan dipukul sejak kecil oleh mangsa.

Sebelum ini Marthinus juga dilaporkan sering memarahi RK dan mengancam menghalau remaja itu dari rumahnya.

Baru-baru ini Marthinus memberitahu RK dia mahu menjual tanah dan rumah tempat tinggal mereka.

“RK memberitahu dia bimbang sekiranya Marthinus menjual rumah berkenaan di mana dia, ibu dan adik perempuannya yang berusia 14 tahun hendak tinggal,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian RK menghantar ibunya ke sebuah warung, tempat wanita itu bekerja sebelum pulang semula ke rumah.

“Ketika di rumah, RK mengambil kapak yang digunakan untuk memotong kayu dan terus menyerang bapa tirinya yang sedang berehat.

“Serangan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan punggung, dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan