Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KANOPI KONKRIT PEJALAN KAKI KG AIR RUNTUH

Sebuah kereta mengalami kerosakan terkena serpihan runtuhan kanopi konkrit tingkat satu sebuah bangunan di Kampung Air di sini pagi tadi.Gambar SNT/Ehsan Bomba KK

KOTA KINABALU: Sebahagian daripada kanopi konkrit runtuh dari tingkat satu sebuah bangunan di Kampung Air di sini dan jatuh betul-betul atas kaki lima pejalan kaki awal pagi tadi.

Mujur semasa kepingan konkrit berukuran lebih kurang 30 kaki panjang itu runtuh keadaan kawasan tersebut sudah lenggang.

Walaupun demikian, sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang berada di tempat letak kereta bersebelahan kaki lima tidak bernasib baik dan mengalami kerosakan di bahagian pintu sebelah kiri penumpang dihempap serpihan konkrit.

Runtuhan konkrit jatuh di atas kaki lima pejalan kaki. Mujur ketika kejadian tiada orang sedang lalu lalang di situ. Gambar SNT/Ehsan Bomba KK

Pegawai Bomba Kanan 2 Ngo Anak Avan berkata, runtuhan berhampiran Restoran Taufik itu berlaku sekitar jam 1 pagi tadi.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 1.11 pagi.

“Setibanya di lokasi, pihak Bomba bertindak membuat pemeriksaan di kawasan runtuhan bagi memastikan tiada perkara lain yang berbahaya.

“Dalam kejadian, tiada kecederaan orang ramai dilaporkan,” katanya, sambil menambah operasi tamat kira-kira 30 minit kemudian,” katanya.

Kepingan konkrit lebih kurang 30 kaki panjang jatuh dari tingkat satu sebuah bangunan di Kampung Air. Gambar SNT/Chris Maskilone

Tinjauan Sabah News Today pada sebelah petang hari ini mendapati kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan