Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kancil rempuh kedai

Kancil dalam kedai
Kancil dalam kedai

KENINGAU: Sebuah kenderaan perodua kancil yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun merempuh sebuah kedai menjual peralatan sukan di Pekan Keningau.                                                   

Ketua Polis Keningau Deputi Supritenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat.                       

Menurut, siasatan polis terhadap pemandu kenderaan itu  ingin menekan brek untuk memberhentikan kenderaan bagaimanapun telah terpijak pedal minyak, lalu merempuh bangunan kedai tersebut. Beliau berkata demikian kepada media mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi kelmarin.                     

Katanya lagi, semasa kejadian, pemilik kedai berkenaan lelaki warga tempatan berumur 26 tahun berada di dalam kedai berkenaan.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku manakala bangunan kedai tersebut mengalami kerosakan pecah pintu utama, bahagian rak dan lain-lain kerosakan barangan kedai. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah                 

Komen


Berita Berkaitan