Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kancil dan Motorsikal bertembung di jalan UMS

8:01pm 19/02/2016 Leolerry Lajius 3670 views Jenayah,Tempatan
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

KOTA KINABALU: Empat orang  cedera  kerana terbabit dengan satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal jenis Kawasaki dan sebuah kenderaan Perodua Kancil di Jalan UMS berhampiran dengan lampu isyarat jalan susur dari UMS menuju ke 1Borneo pagi tadi.

Mangsa, Mohd Zain Bin Jainudin,24, yang merupakan penungang motorsikal tersebut patah tulang rusuk manakala pemandu kancil dan isterinya mengalami pendarahan otak dan anak mereka yang duduk di bahagian belakang kereta tersebut patah paha kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki dari arah lampu isyarat Ums menghala ke Sepanggar, setelah melepasi Lampu isyarat UMS tiba-tiba sebuah kancil telah membuat pusingan U.

 Pada masa  yang sama motosikal yang datang dari arah Lampu Isyarat Ums tersebut (menghala ke Sepanggar) telah terlanggar kenderaan Perodua Kancil tadi dan kemudiannya terbabas jatuh diatas jalan.

“Kejadian ini adalah disebabkan oleh kecuaian Perodua Kancil tersebut kerana cuai dan gagal memastikan tiada kenderaan di jalan lurus sebelum membuat pusingan U,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengankutan Jalan  1987 Arahan Sio trafik.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan