Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta Jenis Perodua Kancil bertembung dengan lori 6 Tan, seorang parah

gambar hiasan
gambar hiasan

BEAUFORT:Seorang lelaki mengalami kecederaan parah kerana terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Melalugus, di sini, pagi tadi

Mangsa mengalami kecederaan kerana tersepit pada kenderaan jenis kancil yang dinaiki mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori enam tan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi dan tiba di tempat kejadian sejauh 9 kilometer itu pada jam 9.17 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Runzee Bin Thani bersama enam anggota telah berjaya mengeluarkan mangsa yang cedera dan seterusnya dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat pada jam 9.44 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan