Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kanak-kanak tersangkut di pintu

9:51am 07/09/2016 Pak Roshan 27 views Global
 SEDUTAN video menunjukkan ibu bapa mangsa cuba menenangkan anak mereka sementara menunggu kedatangan bomba. - Newsflare

SEDUTAN video menunjukkan ibu bapa mangsa cuba menenangkan anak mereka sementara menunggu kedatangan bomba. – Newsflare

Shijiazhuang (China): Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik mencemaskan apabila badannya tersangkut di celah pintu di sebuah pasar raya di sini.

Jurucakap polis berkata, kanak-kanak berusia dua tahun itu dilaporkan bermain bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya di luar pasar raya berkenaan.

Secara tiba-tiba kanak-kanak itu cuba masuk ke celah pintu di hadapan pasar raya berkenaan tetapi tersangkut di bahagian badannya.

Ibu bapa kanak-kanak itu hanya menyedari keadaan anaknya selepas mendengar mangsa menangis.

Satu video yang dirakam pengunjung menunjukkan bapa kanak-kanak itu memegang kepala mangsa manakala ibunya memegang bahagian kaki.

Mereka berusaha melepaskan kanak-kanak itu tetapi gagal dan terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Bomba yang tiba beberapa minit kemudian, menggunakan peralatan hidrolik untuk menolak pintu itu sebelum mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi terkejut dengan insiden itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan