Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Terperangkap Hampir Setengah Jam Dalam Kereta

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Seorang ibu terpaksa mengharungi detik cemas selepas anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap di dalam kereta hampir setengah jam di Sungai Limau Luar, Yan pagi tadi.

Kejadian 9.20 pagi itu berlaku apabila kanak-kanak terbabit, Saerah Umairah Mohd Sufian masuk ke dalam kereta Perodua Kenari dan tertekan kunci keselamatan pintu kereta ketika ibunya sedang membasuh kereta di hadapan rumah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Penguasa Bomba Kanan II P. Manimaran berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.25 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 9.38 pagi.

“Ketika sampai, didapati kanak-kanak berkenaan sedang menangis di dalam kereta yang kunci berada di dalamnya. Dia dikatakan masuk ke dalam kereta itu tanpa pengetahuan ibunya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, pihaknya mengambil masa 11 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan