Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak kanak selamat dilanggar kenderaan SUV

kanak2 dilanggar

SHANDONG – Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di timur laut China merakam kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencangkung dan leka bermain dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu bermain kayu dan tukul besi di tengah sebatang jalan di bandar Jining dalam wilayah Shandong sebelum sebuah kenderaan jenis SUV berwarna merah yang dipandu perlahan datang dari arah belakang kanak-kanak itu dan merempuhnya.

Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu kelihatan keluar dari bawah kenderaan itu Dalam keadaan terkejut dan bangun sebelum berlari meninggalkan tempat kejadian.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun segera memberhentikan kenderaannya selepas menyedari telah melanggar seorang kanak-kanak.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami luka-luka ringan pada muka dan kakinya.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu terselamat kerana saiz badannya yang kecil selain jarak antara bahagian badan kenderaan dan tayar yang agak tinggi. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan