Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Bas

digilisbas

HULU LANGAT – Keriangan seorang kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolahnya berakhir dengan insiden mengerikan apabila dia maut dilanggar bas di Taman Perkasa, di sini, semalam.

Ketua Trafik Kajang, Deputi Superintendan Zainudin Mahdi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Adriana Natasha Mazlan, 6, sedang menuruni bas yang dinaikinya ketika bas yang sama menggilis tubuhnya.

“Sedang mangsa menuruni bas, mangsa tiba-tiba dilanggar bas itu dan tergilis,” katanya.

Menurutnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Zainudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987,” katanya. –Sinar Harian Online

Komen


Berita Berkaitan