Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Perempuan Dikurung Sejak November – Polis

dikurung

BUTTERWORTH – Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan di Sungai Dua, di sini dalam keadaan kelaparan, Khamis lalu, dipercayai dibiar tinggal bersendirian di rumah kosong tanpa bekalan elektrik dan air sejak November tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan siasatan polis mendapati kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa lama keluarganya dan diberi makanan dan minuman sekali-sekala sahaja.

“Dia dibiar tinggal di situ bersendirian. Dia tidur, buang air besar dan nkecil di bilik dia dikurung sejak November tahun lepas.

“Tiada sesiapa termasuk jiran di kawasan flat berkenaan yang menyedari kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa yang sebelum ini keluarga mangsa pernah tinggal kerana tidak pernah dengar suara orang menangis atau meminta tolong serta ia gelap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Kanak-kanak perempuan murid Tahun Satu itu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik selepas seorang guru membuat laporan polis mengesyaki sesuatu berlaku selepas dia tidak hadir ke sekolah.

Abdul Rahman berkata kanak-kanak itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya dan dari segi kecederaan luaran doktor mengesahkan hanya terdapat kesan lebam dan tiada kesan kecederaan akibat didera.

Beliau berkata polis telah mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu dan polis juga telah mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.

“Kertas siasatan hampir siap dan mungkin esok kami akan serah kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. Mungkin kami akan dakwa Rabu ini,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang dipercayai telah pulang ke Indonesia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan