Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Ditemukan Lemas

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seorang kanak- kanak perempuan berumur lapan tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan lemas di sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Pengasaan Bantayan, Inanam dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata mangsa Ivy Angelly Alex dilaporkan hilang oleh bapa tirinya pukul 2.05 pagi di Balai Polis Inanam, selepas usaha mencari mangsa yang hilang sejak pukul 5.30 petang, semalam tidak berhasil.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan dengan bantuan orang kampung. Namun sehingga jam 2.05 pagi tadi mangsa tidak dijumpai menyebabkan bapa tiri mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata usaha mencari mangsa telah disambung semula pagi tadi dan sejurus selepasi mangsa ditemui di kolam berkenaan, bapa tiri mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis pada 9.55 pagi, hari ini.

Chandra berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan terdapat di badan mangsa serta tiada perbuatan jenayah di kesan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan