Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak OKU Perlu Dihargai – Jainab

jainab

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid

TAWAU : Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) perlu dihargai dan diberikan perhatian kerana golongan itu turut mempunyai potensi untuk berjaya dengan cara mereka sendiri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kerajaan tidak pernah melupakan kewujudan golongan kanak-kanak OKU dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dalam aspek pendidikan.

Berucap pada Majlis Lawatan Amal di Taman Didikan Sri Stella di sini hari ini, Jainab berkata Sri Stella adalah antara tempat asuhan berkonsep pendidikan untuk golongan OKU yang berumur di bawah 14 tahun bagi memberi kehidupan dan peluang pembelajaran untuk mereka menyerlahkan potensi.

Pada masa ini, seramai 16 lelaki dan tujuh perempuan menghuni pusat itu. Sri Stella adalah satu daripada sembilan institusi seumpamanya di Sabah yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am negeri.

Majlis lawatan amal itu diadakan sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong peringkat Sabah.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlida R.M Jasni.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan