Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Maut Jatuh Tingkat Lima

Kanak-Kanak-Maut-Jatuh-Tingkat-Lima

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat lima rumahnya di Flat PKNS Seksyen 24, dekat sini, kelmarin.

Menurut sumber, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila mangsa, Muhamad Iman [email protected] dikatakan cuba mengambil alat permainan di atas bumbung balkoni, sebelum besi penghadang itu tiba-tiba patah menyebabkan dia menggelongsor jatuh ke bawah.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama ibunya di rumah.

“Mangsa jatuh dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Kejadian hanya disedari oleh salah seorang penghuni tingkat bawah yang terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh di hadapan rumahnya.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Jenazah kemudiannya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, semalam.

Sumber polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan. – Sinar Harian

Komen


Berita Berkaitan