Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak maut dilanggar bapa sendiri

SANDAKAN – Suasana gembira ketika berkunjung ke rumah saudara mara sempena Hari Raya Aidilfitri, bertukar menjadi sedih pilu apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas digilis kenderaan yang dipandu ayahnya sendiri.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam Jumaat, mangsa bersama kedua ibubapa dan tiga adik-beradiknya baru sahaja tiba di rumah saudara mereka di Taman Sejati Ujana Batu 7, di sini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zabidi Md Zain hari ini berkata, mangsa kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika ayah mangsa memajukan sedikit ke kenderaannya ke hadapan bagi membetulkan kedudukan letak kereta sejurus selepas menurunkan semua penumpang termasuk mangsa.

“Semasa lelaki itu sedang memajukan kereta ke hadapan, dia berasa seperti terlanggar sesuatu lalu turun untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati anak ketiganya terbaring berlumuran darah di tayar depan kenderaan terbabit,” katanya lagi.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen


Berita Berkaitan