Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak lemas tergelincir sungai ditemui

ANGGOTA bomba berjaya menemui mayat kanak-kanak lelaki, Mohd Nor Irfan Norajamin, 7, yang hilang di Sungai Tuaran berhampiran Jambatan Sungai Damit di Kampung Sawah, Tuaran. – Foto Recqueal Raimi

 

TUARAN: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang di Sungai Tuaran berhampiran Jambatan Sungai Damit di Kampung Sawah, di sini, petang semalam, ditemui tersangkut pada sisa kayu di dasar sungai berkenaan, pagi tadi.

Mayat Mohd Nor Irfan Norajamin, 7, ditemui anggota bomba pada jam 8.38 pagi di dasar sungai sedalam kira-kira tiga meter, berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ketika bermain dengan rakannya, semalam.

Bapa saudara mangsa dikenali sebagai Awis, 34, berkata mangsa dan rakannya bermain di halaman rumah kira-kira 10 meter dari tepi sungai sebelum kejadian itu.

“Kira-kira jam 4 petang, saya menegur mereka supaya berhenti bermain dan menyuruh pulang ke rumah masing-masing sebelum saya masuk ke dalam rumah.

“Namun, tidak lama kemudian, rakan mangsa berusia enam tahun itu memanggil saya mengatakan Mohd Nor Irfan tenggelam, lalu saya berlari ke arah sungai dan terjun mencari mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Awis berkata, sebelum terjun sungai, dia sempat memberitahu rakan mangsa agar memaklumkan kepada keluarga dan penduduk kampung lain untuk menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Qawie Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 4.25 petang semalam sebelum menghantar 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Operasi yang bersambung pagi ini disertai 24 anggota termasuk PPDA dari Kota Kinabalu yang diketuai oleh Ketua Operasi, Faizal Alias. Mayat mangsa ditemui pada jam 8.38 pagi di dasar sungai sedalam tiga meter,” katanya.

Qawie berkata, operasi ditamatkan pada jam 9.13 pagi dan mayat diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan