Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak lemas di sungai Petagas

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Kampung Contoh, Petagas di sini hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang juga pasangan adik-beradik dikenali sebagai Ruzaini Mat, 5, dan Nursyafikah Mat, 4, dilaporkan bermain di tepi sungai itu pada petang semalam sebelum disedari hilang.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan Penampang yang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.13 malam semalam, kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

“Namun, mayat Nursyafikah berjaya ditemui oleh orang awam di tebing sungai pada jam 6.30 pagi tadi (Khamis), kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” kata Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Mohd Affendy K.Ramin ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang turut dibantu oleh agensi lain termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta orang ramai terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

SEORANG DITEMUI LEMAS, SEORANG LAGI MASIH HILANG…. Operasi mencari dan menyelamat kawasan sungai Kampung Contoh, Petagas. Manakala, gambar kecil menunjukkan mangsa Nursyafikah yang berjaya ditemui oleh orang ramai.
SEORANG DITEMUI LEMAS, SEORANG LAGI MASIH HILANG…. Operasi mencari dan menyelamat kawasan sungai Kampung Contoh, Petagas. Manakala, gambar kecil menunjukkan mangsa Nursyafikah yang berjaya ditemui oleh orang ramai.

Komen


Berita Berkaitan