Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KANAK-KANAK LELAKI MENINGGAL AKIBAT LEMAS

KOTA MARUDU: Mayat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas di sungai Kampung Samparita berjaya ditemui pada Selasa.

Melalui satu kenyatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, mangsa Aimie Mohammad Amizan Asri, 10, dipercayai terjatuh dan lemas semasa mandi di sungai bersama keluarganya.

Terdahulu, BBP Kota Marudu menerima panggilan kecemasan pada jam 6.58 petang dan menggegaskan anggotanya untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi berkenaan terdiri daripada JBPM, orang awam dan anggota Polis Diraja Malaysia dengan memulakan operasi pada jam 8.24 malam sehingga menjumpai mangsa enam minit kemudian di kawasan mangsa dipercayai jatuh dan lemas.

“Mangsa yang meninggal di tempat kejadian diserahkan kepada pihak PDRM,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan