Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Tawau

Anggota bomba meredah sungai untuk mencari mangsa. - foto ihsan JBP
Anggota bomba meredah sungai untuk mencari mangsa. – foto ihsan JBP

TAWAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Tawau di Taman Rainbow, di sini.

Jurucakap Pasukan Bomba Tawau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.38 petang semalam, dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan enam anggota dan satu unit EMRS.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba giat menjalankan operasi mencari yang turut dibantu oleh pasukan polis serta penduduk kampung.

Jelasnya, bomba terpaksa meredah sungai bagi mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan