Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KANAK-KANAK LELAKI LEMAS, BELUM DITEMUI

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak dilaporkan lemas di sungai Kampung Samparita di sini hari ini.

Dalam satu kenyatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu meenyatakan mangsa yang berumur sembilan tahun masih belum ditemui.

“BBP Kota Marudu menerima laporan kecemasan berkenaan pada jam 6.58 petanh melalui Balai Polis Kota Marudu.

“Bertindak atas maklumat tersebut BBP Kota Marudu bergerak ke lokasi sejauh 40 kilometer dan setibanya di tempat kejadian pasukan Bomba menjalankan operasi secara ‘surface’ di sekitar lokasi kejadian memandangkan keadaan hari sudah gelap.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan dan akan diteruskan pada esok hari,” menurut laporan berkenaan.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan