Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kanak-kanak Jireh Home dan Caring For Future diraikan

7:22pm 11/12/2015 Dewiana Tinggolongon 87 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
kanak-kanak Jireh Home merakamkan gambar bersama kakitangan Hotel berkenaan.

kanak-kanak Jireh Home merakamkan gambar bersama kakitangan Hotel berkenaan.

 

KOTA KINABALU- Kira-kira 30 orang kanak-kanak dari Badan Kebajikan Bukan Kerajaan (NGO) Jireh Home dan Caring For Future Malaysia diraikan dalam Christmas High Tea anjuran Hotel N°5.

Hotel yang mula beroperasi sejak bulan Ogos tahun ini mengadakan sambutan Krismas buat pertama kalinya di hotel berkenaan.

Eksekutif Komunikasi, Elfayra Rosa T.Guis berkata sebagai sebahagian daripada  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan usaha bersepadu untuk menyokong badan amal tempatan, Hotel N ° 5, hotel itu mengadakan Christmas High Tea bagi organisasi itu.

Selain itu, hotel tiga bintang itu turut menyumbangkan derma sejumlah RM20,000 kepada kedua-dua organisasi tersebut.

“Sempena perayaan Krismas, kakitangan hotel ini mengambil peluang untuk meraikannya bersama komuniti untuk sama-sama merayakan Krismas,” katanya ketika berucap dalam majlis Merayakan Krismas Pertama Hotel N°5 Bersama Kanak-kanak dari Jireh Home dan Caring For Future Malaysia di sini hari ini (Jumaat).

Menurut beliau melalui kesempatan seumpama itu ia juga memberi peluang kepada para kakitangan untuk mendekati kanak-kanak berkenaan sambil berkongsi kegembiraan sempena menyambut perayaan Krismas.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Elfayra (empat kanan) menyerahkan cek kepada Caring For Future Malaysia.

Elfayra (lima kanan) menyerahkan cek kepada Caring For Future Malaysia.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan