Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Dikhuatiri Lemas Di Tawau

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Taman Rainbow, Jalan Kuhara di sini petang semalam.

Ketika kejadian, Md Famirul Aiman Rahman, 3, dipercayai terjatuh ke dalam sungai yang terletak di belakang rumahnya di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.38 petang.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan sampai di lokasi berkenaan pada 5.54 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga kini usaha mencari masih dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dengan bantuan polis serta orang awam di kawasan itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan