Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Jadi ‘Beku’ Pada Musim Sejuk

kanak2

SOUTH WALES – Seorang kanak-kanak di sini terpaksa memakai sarung tangan khas ketika musim sejuk bagi mengelakkan badannya ‘membeku’ seperti watak puteri Elsa dalam filemFrozen keluaran Disney.

Kanak-kanak tersebut, Gracie Hughes, 2, yang juga peminat setia filem itu menghidap sejenis penyakit ‘Raynaud’ menyebabkan badannya bertukar menjadi biru apabila terdedah kepada cuaca sejuk.

Ibu kanak-kanak itu, Laurie Hughes, 27, berkata, Gracia didiagnosis menghidapi penyakit itu ketika berusia 16 bulan apabila dia menyedari badan anaknya sering kesejukan dan bertukar menjadi biru sejak dilahirkan.

“Musim sejuk amat mencabar baginya dan suhu akan diambil sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan dia tidak berada di bawah 34 darjah Celsius.

“Ketika musim sejuk, Gracia tidak boleh bermain di luar rumah dan tidak boleh makan makanan sejuk seperti aiskrim. Dia terpaksa memakai sarung tangan khas yang membantu menyalurkan 95 peratus haba ke badannya,” jelas Hughes.

– Agensi

Komen


Berita Berkaitan