Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak dua tahun ditemui selamat dalam hutan

SELAMAT... Anggota pasukan penyelamat membawa keluar kanak-kanak yang hilang dari kawasan hutan.
SELAMAT… Anggota pasukan penyelamat membawa keluar kanak-kanak yang hilang dari kawasan hutan.

TENOM – Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Kuala Toloksom, Kemabong di sini sejak malam semalam berjaya dijumpai semula pada jam 10.25 pagi tadi.

Kanak-kanak dikenali Healezry Zeandfly bin Henderi ditemui di dalam hutan berhampiran rumahnya dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat jabatan bomba dengan bantuan awam.

“Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan kelaparan, kemudian segera dibawa balik ke rumah keluarganya untuk diberikan bantuan lanjut,” kata Ketua Perhubungan Awam JBPM Sabah Mohd Affendy K.Ramin di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, kanak-kanak malang itu disedari hilang ketika berada di luar halaman rumahnya pada jam 8.13 malam semalam.

“Seorang jiran terlihat kanak-kanak itu keluar dari pintu hadapan rumah,” katanya sambil menambah ketika kejadian ibu mangsa berada di bilik air.

Ahli keluarga bersama-sama penduduk kampung cuba mencari kanak-kanak malang itu namun gagal sebelum bertindak menghubungi pihak bomba serta polis untuk mendapatkan bantuan.

“Rumah mangsa terletak dalam kawasan kebun getah, manakala di bahagian belakang kediaman itu ialah Sungai Padas,” katanya.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIR / Sayangsabah

BERSATU KEMBALI... Anak kecil ini berjaya disatukan semula dengan keluarganya
BERSATU KEMBALI… Anak kecil ini berjaya disatukan semula dengan keluarganya

Komen


Berita Berkaitan