Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Dilapor Hilang, Ditemui Mati

KANAK2

Seorang kanak-kanak berusia setahun enam bulan yang diberitakan hilang petang semalam dari rumah neneknya di Kampung Pulau Kabung, Batu 36, Perak, ditemui sudah meninggal dunia pagi tadi (Jumaat).

Jasad Mohammad Aqiff Darus Haraz Gilbert ditemui kira-kira jam 10.30 pagi oleh orang ramai, lebih kurang 50 meter dari kediaman neneknya itu.

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya pada jam 5 petang sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.

Operasi yang dijalankan pihaknya bermula petang semalam sehingga malam tadi walau bagaimanapun gagal menemui mangsa.

Operasi SAR diteruskan pagi ini dengan sepasukan anggota melakukan pencarian di permukaan Sungai Beruas Kampung Pulau Kabung hingga ke Pantai Remis,” ujar Amir.

Dalam operasi tersebut, pasukan unit anjing pengesan (K-9) turut digunakan selain meneruskan pencarian di kawasan hutan berhampiran serta persisiran pantai.

Mayat Mohammad Aqeef kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Al-fatihah. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan