Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KANAK-KANAK DIKHUATIRI DIBAHAM BUAYA DI SUNGAI KAMPUNG KALABAKAN

Gerakan mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Kampung Kalabakan. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas dan disyaki dibaham buaya ketika sedang bermandi manda di Sungai Kampung Kalabakan, semalam.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa diteruskan hari ini dengan kerjasama anggota polis marin, bomba Tawau dan seramai 60 sukarelawan Kampung Kalabakan.

“Mangsa dikenali sebagai Nur Aliyah Ansar, 8, berasal dari Kampung Atur Maju, Kalabakan.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan untuk mencari mangsa sama ada masih hidup atau sebaliknya akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gerakan mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang di sepanjang Sungai Kampung. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

Fadil berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa semalam dihentikan pada pukul 10 malam oleh anggota bomba sukarela bersama penduduk setempat.

Katanya, operasi itu terpaksa dihentikan demi keselamatan anggota penyelamat memandangkan keadaan cuaca gelap dan air sungai mulai pasang ketika itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan