Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Dibiarkan Dalam Bilik Panas, Maut Selepas 38 Jam

3:41pm 25/12/2015 Pak Roshan 336 views Global

braydon

Sepasang suami isteri dari Missouri telah didakwa selepas membiarkan anak lelaki mereka yang berusia dua tahun keseorangan di dalam bilik yang dipasang pemanas selama 38 jam, hingga mengakibatkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Ketika itu pasangan berkenaan, Lucas Russell Barnes, 25, dan Kathleen Peacock, 22, sedang khayal dengan dadah.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak berkenaan, Braydon Barnes, mengalami hyperthermia atau terlampau panas.

Kematian Braydon hanya disedari oleh ibu bapanya selepas mereka memeriksa kanak-kanak itu dan mendapati dia langsung tiada tindak balas.

parent

Pasukan paramedik yang dipanggil ke tempat kejadian mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Alat pemanas itu dipasang di dalam bilik berkenaan yang terletak di belakang treler milik ibu bapanya.

Polis memberitahu, treler itu digunakan untuk menghasilkan dadah dan pasangan berkenaan menghabiskan hujung minggu mereka dengan menagih dadah serta khayal.

-mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan