Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kanak-Kanak Cedera Parah Kereta Dinaiki Dilanggar Keretapi Penumpang Di Papar

2:06pm 16/12/2015 Pak Roshan 1345 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

keretapi

KOTA KINABALU : Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar keretapi penumpang di Kg Mandahan, kira-kira 23 kilometer dari pekan Papar, dekat sini hari ini.

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu tahun itu kini dirawat di hospital.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak berkenaan serta dua lagi individu di atas kenderaan pacuan empat roda itu belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Papar Penolong Penguasa Dunstan Peter berkata ketika kejadian keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Papar ke Beaufort namun belum ada penjelasan bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya pihaknya menghantar empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 9.22 pagi.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan