Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kanak-kanak antara korban di Yaman

Dubai: Beberapa kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan udara di pelabuhan Hodeida, Yaman, yang dikawal pemberontak, semalam.

Menurut kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), ramai kanak-kanak juga dilaporkan masih hilang, sama ada cedera atau terbunuh dan usaha membawa mereka keluar dari bawah runtuhan bangunan dijalankan

“PBB mengesahkan beberapa kanak-kanak terkorban dalam serangan terhadap bandar pantai Hodeida di barat Yaman,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menggambarkan serangan berkenaan sebagai antara serangan paling dahsyat dilakukan ke atas kanak-kanak sejak konflik semakin meningkat di Yaman sejak Mac 2015.

Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu AFP, satu lagi serangan udara membunuh 16 orang dalam sebuah bangunan dipercayai pemberontak Houthi berkumpul.
– AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan