Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kampus baru JPSM bakal dibina di Kundasang

6:09pm 28/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 165 views Tempatan
Siringan (dua dari kanan) menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang JPSM 2015 kepada salah seorang penerima

Siringan (dua dari kanan) menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang JPSM 2015 kepada salah seorang penerima

KOTA KINABALU- Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah bakal membina sebuah kampus baharu bagi menampung jumlah pelatih yang semakin meningkat.

Pengarah JPSM, Billy Yumbod berkata
kampus sedia ada tidak mampu menampung jumlah pelatih yang semakin ramai setiap tahun.

“Setiap tahun kami hanya mampu mengambil sebanyak 300 orang pelatih dengan jumlah 20 hingga 25 orang bagi setiap kursus,”katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang JPSM ke-28, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, tapak bagi membina kampus baharu itu telah dikenalpasti dan digazetkan sejak tahun 1998.

Walaubagaimanapun, katanya, pihak mereka memerlukan laporan kesesuaian tanah bagi meneruskan pelan pembangunan kampus baru di kawasan tapak seluas 84 ekar tersebut.

“Bukan semua kawasan tapak itu boleh digunakan untuk pembinaan bangunan baru,”katanya

Disamping itu, kampus berkenaan juga dapat menampung jumlah pelatih khususnya belia di sekitar daerah itu untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

“Mereka tidak perlu bersusah payah untuk datang ke kampus sedia ada yang terletak di Papar,”ujarnya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat menyempurnakan majlis tersebut.

Selain itu, beliau turut menyampaikan beberapa sijil penghargaan termasuklah sijil anugerah perkhidmatan cemerlang JPSM 2015. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan