Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kampung Tinusa 11 Didaftarkan Sebagai Perkampungan

SANDAKAN : Kampung Tinusa II di sini yang wujud sebagai penempatan sementara sejak 29 tahun lepas, didaftarkan sebagai perkampungan hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyampaikan watikah pendaftaran kampung yang dikeluarkan oleh Majlis Pendaftaran Sandakan (MPS) kepada Ketua Kampung Tinusa II Pengiran Bidin Pengiran Timbang dalam Majlis Pemimpin Menjiwai Rakyat di kampung itu, hari ini.

Berucap pada majlis itu, Musa berkata sejak kampung itu wujud, kerajaan telah melaksanakan pembangunan di kawasan itu berdasarkan keperluan penduduk termasuk naik taraf jambatan kayu kepada konkrit dan melebarkan jalan raya.

Katanya sebuah masjid turut dibina di kampung itu sejajar dengan usaha kerajaan menyediakan kemudahan selesa untuk rakyat.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga berkata pada masa akan datang, beliau merancang untuk membina sebuah dewan serba guna di kampung itu bagi membolehkan ia digunakan untuk penganjuran sesuatu acara khususnya yang dianjurkan oleh penduduk kampung.

Dalam pada itu, Pengiran Bidin ketika ditemui Bernama berkata pendaftaran Tinusa II sebagai perkampungan daripada MPS merupakan detik penting kepada penduduk di kampung itu.

Katanya ia penting terutama dari segi lot tanah rumah penduduk kampung yang berjumlah 1,148 dengan bilangan penduduk kira-kira 10,000 orang.

Menurutnya ketika status perkampungan sementara, lot tanah menggunakan permit tetapi selepas didaftar menjadi perkampungan, tapak tanah rumah penduduk kampung boleh agih menggunakan lot.

Beliau berkata kampung itu wujud sejak 1992 sebagai penempatan sementara dan permohonan perdaftaran sebagai perkampungan dibuat pada 2009 kepada MPS.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan