Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kampung Kasuapan,Pulau Gaya membawa pulang hadiah bernilai RM10 ribu

7:32pm 23/02/2016 Leolerry Lajius 87 views Tempatan
Edward Yong menyampaikan replika cek kepada Abdul Hassim sambil diperhatikan oleh Mayor Datuk Yeoh.

Edward Yong menyampaikan replika cek kepada Abdul Hassim sambil diperhatikan oleh Mayor Datuk Yeoh.

KOTA KINABALU: Pertandingan Kampung Contoh Pulau Gaya 2015 menyaksikan Kampung Kasuapan yang dipimpin oleh Ketua Kampung Abdul Hassim Bin Amar merangkul johan dan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 dan hamper.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, pertandingan itu merupakan salah satu usaha untuk memperbaiki dan menaiktaraf keadaan persekitaran kampung-kampung di Pulau Gaya.

“Saya berharap agar pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan turut mengadakan pertandingan seumpama ini di kawasan kampung di sekitar bandaraya ini memandangkan tempat ini merupakan pusat tumpuan pelancong,”katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di bangunan DBKK petang tadi.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi kos pembersihan pantai di bandaraya ini dan jika tidak ada kerjasama dari semua pihak untuk menjaga kebersihan, kos tersebut akan meningkat dari sehari ke sehari.

“Perbuatan segelintir masyarakat yang membuang sampah terus ke dalam laut merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan perkara ini harus ditangani dengan kerjasama semua pihak,”katanya.

Program yang merupakan kesinambungan daripada program Kasih Sayang Pulau Gaya ini melibatkan beberapa buah kampung dan di tempat kedua adalah Kampung Lobong dan Kampung Pulau Gaya Asal dan di tempat ketiga adalah Kampung Lok Urai. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan