Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kampung Cenderamata 2 diiktiraf sebagai kampung tanpa sampah buat kali ke-3

4:53pm 30/12/2015 Leolerry Lajius 1295 views Tempatan

IMG20151230112340

KOTA KINABALU: Kampung Cenderamata 2 diiktiraf sebagai kampung tanpa sampah buat kali ketiga pada tahun ini selepas diiktiraf kali pertama pada tahun 2008 dan kali kedua pada tahun 2014 oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Kampung ini merupakan kampung yang pertama diiktiraf sebagai kampung tanpa sampah di Bandaraya Kota Kinabalu oleh DBKK pada tahun 2008 dan mulai mendapat perhatian daripada Pihak Penguasa Tempatan di Sabah malah juga di Semenanjung Malaysia.

Pengiktirafan Zon Tanpa Sampah ini merupakan salah satu strategi Kempen Anti Kutu Sampah DBKK yang sedang giat berjalan.

Sejak pelancarannya pada tahun 2008, setakat ini bilangan penyertaan adalah sebanyak 139 premis, termasuklah pejabat, sekolah, institusi pengajian tinggi, universiti, bank, kampung, rumah-rumah ibadat dan sebagainya.

Menurut Pengerusi Mikro  Kampung Cenderamata 2  Mulkasih Hj. Renda, pengiktirafan kali ketiga ini merupakan hasil daripada usaha dan kerjasama penduduk kampung dalam mengekekalkan kebersihan dan keindahan di kampung tersebut.

“Perancangan untuk tahun hadapan, kami akan berusaha mengurangkan lagi kuantiti sampah di kampung ini dengan memulakan kempen kitar semula dan usaha untuk menceriakan kampung ini menjadi kampung dalam taman juga akan dilaksanakan,”katanya.

Kampung ini juga terlibat dengan aktiviti alam sekitar seperti Jawatankuasa Mikro Enterprise yang berperanan untuk mengurus sampah dengan cara yang lebih teratur, kitar semula dan kampung dalam  taman.

Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pendidikan Awam Puan Lizawana Hj.Matin mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Puan Lizawana menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Kampung Cenderamata 2 Tuan Hj.Abdul Mumin Bin Rasam

Puan Lizawana menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Kampung Cenderamata 2 Tuan Hj.Abdul Mumin Bin Rasam

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan