Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kami tidak diabaikan-Felicia

7:49pm 17/12/2015 Leolerry Lajius 268 views Tempatan

Felicia-Mikat

Baru-baru ini, masyarakat heboh membincangkan mengenai nasib seorang ratu pecut negara yang dikatakan diabaikan oleh pihak berwajib sedangkan insan berjasa ini telah menyumbang sebanyak tiga emas pada Temasya Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura. Ruang bicara perdebatan mengenai isu ini mulai hangat diperkatakan selepas kembalinya rombongan atlet Para ini ke Sabah pada 10 Disember yang lalu.

Gambar ratu pecut negara ini bersama kedua ibu bapanya yang dikatakan hanya disambut oleh ahli keluarganya sahaja mulai mendapat perhatian para pengguna media sosial dan tidak terkecuali juga terdapat pihak yang mengecam pihak tertentu kerana seakan-akan melihat ratu pecut ini tidak memberikan apa-apa sumbangan.

Persolannnya, adakah benar Felicia Mikat dan atlet yang lain diabaikan seperti yang dikata? Dan adakah individu yang menyebarkan khabar angin tersebut tahu perkara yang sebenar atau hanya dengar ‘sipi-sipi’ dan ditafsir sesuka hatinya?

Rombongan atlet tersebut yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.45 pagi telah disambut oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan telah mengurus pengankutan serta penginapan para atlet sebelum balik ke tempat dan kampung masing-masing.

Shamli Waidi menerima insentif daripada Datuk Tawfiq.

Datuk Tawfiq menyampaikan insentif kepada Shamli Waidi.

“Saya juga turut terkejut mengenai isu ini yang menjadi viral di media sosial, sedangkan ia bukanlah seperti yang diviralkan. Bagi saya hal itu tidak sepatutnya terjadi tetapi apa sekalipun saya menerima isu tersebut dengan baik  dan menjadikannya sebagai dorongan untuk meningkatkan lagi prestasi saya.” Demikian ungkapan ratu pecut negara Felicia Mikat ketika ditanya mengenai isu tersebut.

“Hal tersebut sepatutnya tidak menjadi isu kerana pihak kementerian telah melakukan yang terbaik buat kami,” kata Shamli Waidi salah seorang pemenang pingat emas dalam acara lontar lembing.

Malah bapa kepada ratu pecut negara ini [email protected] Yamun, berusia 54 tahun, turut menyangkal isu yang diviralkan di media-media sosial ini.

“Jika anak saya dan atlet yang lain diabaikan, bagaimana mereka boleh kembali ke sabah dengan selamat? Bagi saya, anak saya dapat kembali dengan selamat sudah cukup untuk membuatkan saya rasa bersyukur,” Katanya.

Seramai 18 orang atlet dari Sabah yang mewakili Malaysia ke kejohanan itu juga diiring oleh seorang pegawai pengiring dari Majlis Sukan Negeri Sabah dan empat orang jurulatih malah setiap seorang daripada mereka juga menerima RM1,000 setiap seorang sebagai insentif.

Jumlah keseluruhan insentif kerajaan negeri yang diberikan bagi kesemua pemenang pingat emas adalah RM79,000 dengan pemberian setiap pemenang pingat emas akan menerima RM10,000 setiap satu pingat emas dan RM5,000 tambahan bagi emas seterusnya.

Bagi Felicia Mikat sebanyak RM20,000 yang akan diterima dari kerajaan negeri Sabah dan sebanyak RM40,000 lagi akan diterima dari kerajaan persekutuan menjadikan jumlah keseluruhan yang diterimanya adalah RM60,000.

Secara keseluruhannya perbelanjaan Pembangunan Sukan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) untuk tahun 2014 sehingga tahun 2015 adalah berjumlah RM677,684 tidak termasuk Skim Insentif Kemenangan dan amugerah yang telah diberikan.

Mungkin akan ada lagi yang akan mempersoalkan mengapa hanya RM60,000 insentif yang diterima oleh Felicia dan mengapa hanya RM10,000 sahaja bagi setiap pingat emas yang dimenangi oleh para atlet?

Setiap pemberian insentif bagi para atlet adalah tidak sama iaitu bergantung kepada peringkat atau jenis kejohanan yang disertai oleh para atlet. Sebagai contohnya dalam kejohanan Olimpik setiap pemenang satu pingat emas akan menerima RM 1 juta dari kerjaan persekutuan dan akan menerima RM500,000 dari kerajaan negeri.

Ada baiknya kita berlagak tahu walaupun kita tidak tahu tapi dalam masa yang sama ada buruknya juga kita mengamalkan sifat sedemikian. Dalam mengharungi arus pembangunan globalisasi yang penuh dengan segala macam kecanggihan teknologi moden, sudah tentunya info yang tidak sahih kadangkala boleh mengatasi capaian info yang sahih.

Namun sebagai pembaca dan pengguna kepada teknologi ini, janganlah kita memperhambahan diri kepada teknologi yang dicipta oleh manusia sendiri tapi jadilah tuan kepada teknologi tersebut dengan menggunakannya sebagai medium untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan bukan menggunakannya untuk menyebarkan maklumat yang hanya didengar sekerat tapi ditafsir setinggi gunung dengan menambah perencah pemanis rasa tanpa bukti yang sahih.

Berbalik kepada isu tersebut, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Haji Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan berkata, dari sudut pandang positif ‘viral’ tersebut telah membuka ruang kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan pencapaian para atlet untuk bersaing di kejohanan seterusnya.

Akhir kata, setiap segala sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan semoga isu ini akan menjadi panduan kepada pihak berwajib agar tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Tawfiq menyampaikan insentif kepada Felicia Mikat.

Datuk Tawfiq menyampaikan insentif kepada Felicia Mikat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan