Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kami penyampai stesen radio ‘Kupi-kupi fm’

1:36pm 11/01/2016 Leolerry Lajius 2857 views Hiburan,Tempatan
Dari kiri Velvet, Greg, Niz,Lester, Nera dan Janrywine.

Dari kiri Velvet, Greg, Niz,Lester, Nera dan Janrywine.

KOTA KINABALU: Lima orang penyampai akan mengendalikan rancangan dalam siaran Stesen Radio Kupi-kupi Fm yang akan memulakan siaran pada 19 Januari nanti selepas memulakan sesi siaran percubaan sejak 1 Oktober tahun lalu.

Stesen radio yang memainkan lagu-lagu dalam bahasa tempatan Sabah ini bersiaran selama 24 jam dan boleh didengari sehingga ke Kota Belud serta Kuala Penyu namun di masa akan datang penambahbaikkan akan dibuat bagi membolehkan semua masyarakat termasuk jauh ke padalaman akan mendengar siaran radio ini.

Gregory Giting (Grey) dan Nizhamul Hayat (Niz) akan mengendalikan rancangan Bangun Bogia Kinabalu dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi , Queennera Francis (Nera Af) akan mengendalikan rancangan Ki Ki Bah dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang, Janrywine J.Lusin akan mengendalikan rancangan Macam Di KK dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang dan Velvet Anduk (Velvet Af) akan mengendalikan rancangan Steady Ko Geng dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Stesen radio komuniti dengan cogan kata ‘kita kita juga baini’ dan ‘ini sama-sama kita punya’  ini boleh didengari di frekuensi 96.3 mhz.

Menurut Pengurus Rancangan Kupi-kupi Fm Lester Calvin Miol, 80 peratus daripada lagu-lagu yang dimainkan dalam siaran ini adalah lagu dalam bahasa tempatan Sabah.

“Pihak kami amat mengalu-alukan masyarakat di sabah tidak mengira apa bangsa untuk membuat album atau lagu dalam bahasa ibunda masing-masing, samaada rungus,dusun,kadazan,bajau,cina dan sebagainya,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan