Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kambing RM1.3 juta

11:02am 31/03/2016 Pak Roshan 16 views Global
Fahd bersama kambingnya.

Fahd bersama kambingnya.

Kuwait City: Seorang lelaki tuan punya kambing jantan yang dinamakan ‘Kuda Putih’ kerana saiz badannya yang besar dan berwarna putih enggan menjual haiwan itu walaupun ditawar dengan harga KD10,000 (RM1.3 juta).

“Saya menerima tawaran untuk menjual ‘Kuda Putih’ dengan harga yang tinggi, tetapi saya menolaknya,” kata pemilik kambing berkenaan, Fahd Al Saaran.

Menurutnya, kambing itu pernah menang tempat pertama ratu cantik kambing yang dianjurkan di Kuwait baru-baru ini. Hadiah itu, termasuk wang tunai dan sebuah kereta mewah.

“Saya menghasilkan 15 kambing serupa, tetapi semuanya mati. Ini saja satu-satunya yang saya ada selain seekor kambing kecil,” kata Fahd. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan