Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KALUT DIEKORI, ‘GENG HITAM’ TUMPAS

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji (tiga kanan) bersama Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superitanden Zahiruddin Zakaria (tiga kiri), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Samsualan Samsudin (dua kanan) menunjukkan barang kes dari dua kejayaan tangkapan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Dua orang lelaki menaiki sebuah Perodua Bezza bertindak memecut selepas menyedari diekori pihak berkuasa ketika sedang berlegar-legar di sebuah pusat membeli belah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemandu yang kalut selepas diekori pihak berkuasa dari Manggatal ke pusat membeli belah tersebut bagaimanapun dihalang sepasukan anggota polis selepas diekori sejauh kira-kira 10 kilometer.

“Selepas berjaya menahan kenderaan suspek, kita berjaya menangkap dua orang dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dibuat apabila suspek cuba melarikan diri.

Barang kes dari Geng Hitam yang ditumpaskan polis pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Namun, kedua-dua suspek warga tempatan berumur awal 20-an tersebut berjaya diberkas dan dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah melibatkan beberapa buah daerah sekitar Kota Kinabalu termasuk Kudat.

“Bersama tangkapan tersebut, kita telah membuat pemeriksaan kenderaan tersebut dan mendapati suspek menggunakan kereta sewa dengan nombor pendaftaran yang palsu bagi mengaburi mata penguatkuasa,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya, tangkapan yang dibuat berdasarkan maklumat yang perolehi pada 12 September jam 5 pagi yang mana terdapat aktiviti pecah rumah yang berlegar di kawasan pusat membeli belah 1 Borneo.

Barang kes dari Geng Hitam yang ditumpaskan polis pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Hasil pemeriksaan tersebut, kita telah menjumpai alat-alat yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah iaitu kuku kambing, parang, sarung tangan dan sebagainya.

“Hasil siasatan kumpulan ini kita namakan Geng Hitam kerana salah seorang suspek digelar Pak Hitam.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini kita berjaya menyelesaikan beberapa kes di sekitar kawasan terlibat dan kita mengambil tindakan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang dipercayai aktif menjalankan pecah rumah sejak sebulan lalu direman selama empat hari bermula hari ini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan