Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kalau Dah Jodoh – Remaja Nikah Wanita Berusia

8:19pm 26/08/2016 Pak Roshan 4339 views Aktiviti,Mutakhir

kahwin

JIKA sudah tertulis seseorang itu adalah jodoh kita, sudah tentu ianya tidak mengira paras rupa, pangkat, darjat  ataupun usia.

Terbaharu, kecoh menerusi laman sosial apabila tersebar gambar memaparkan suasana pernikahan seorang remaja lelaki berkahwin dengan wanita yang beza jarak usia 24 tahun daripadanya.

Remaja lelaki berusia 18 tahun sementara wanita tersebut berusia 42 tahun itu dikatakan berkahwin di Kuala Penyu, Sabah.

Difahamkan remaja tersebut dari Kampung Kekapor manakala pengantin perempuan dari Kampung Mansud yang berada di dalam satu kawasan iaitu Kuala Penyu.

Gambar pasangan tersebut yang dimuat naik baru-baru ini melalui laman sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan ini kekal lama, walaupun jarak usia seperti ibu dan anak.

“Jarak umur 24 tahun, macam anak sulung. Tapi jodohkan tak mengira usia. Tahniah selamat pengantin baru kekal hingga ke jannah. Amin,” kata pemilik akaun Facebook Rashid Jp.

Namun ada juga netizen yang membuat persamaan perkahwinan ini dengan artis luar negara seperti Jennifer Lopez dan Madonna.

“Apa pun doa lah yang baik2 untuk mereka… jangan dikecam. Sekurang kurangnya dia kahwin sama perempuan jugak… bukan sejenis… atau kunyit… hahahahahahaha!” kata pemilik akaun Facebook Asif Khairul. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan