Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kalah judi, upah palsukan kematian

 

Dhaka: Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik video pembunuhannya di media sosial bagi mengelak membayar AS$1,800 (RM6,975) selepas kalah dalam pertaruhan perlawanan kriket.

Pegawai kanan polis Dhaka, Kamruzzaman Sardar, berkata, video kematian Adel Shikder, 28, itu dikongsi 10,000 kali dalam tempoh beberapa hari, mendorong pihaknya mengesan mayatnya.

“Adel mengupah jurusolek filem yang bertindak sebagai jurugambar video untuk ‘merakam’ pembunuhannya selepas kalah dalam pertaruhan AS$1,800 (RM6,975) perlawanan kriket antara Bangladesh dan India bagi merebut Piala Nidahas,” kata Kamruzzaman kepada.

Bagaimanapun, Bangladesh tewas pada perlawanan pada 18 Mac di Colombo itu, selepas pemain India, Dinesh Karthik berjaya meraih mata kemenangan bagi pasukannya.

Menurut polis, tiga lelaki kelihatan dalam video itu dan dua daripadanya mengelar leher Adel.

Mereka dikatakan menggunakan sirap jus buah berwarna merah sebagai darah tiruan yang dicurah ke seluruh badan Adel, ketika imejnya dikelar dimuat naik di media sosial.

Adel juga dipercayai menghantar video kepada seorang individu yang tidak dikenali, selepas beliau kalah dalam taruhan berkenaan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan